RESEPI MUDAH BUAT HOKKAIDO CAKE YANG LEMBUT

Mango Fluffy Hokkaido Vanilla Cake




assalamualaikum... semalam punya cerita, homemade hokkaido cake topped with mango slice.gitu nama nak panjang..hehehehe

sebenarnya dah lama dah nak bake kek hokkaido... dan lagi satu kek ni salah satu favorite cake saya..pergi tinjau dekat midvalley mak aihh mahal rm8/pc...

sebenarnya banyak resepi nak buat kek ni boleh di-google..saya banyak google dan jugak tengok hands on method melalui youtube, senang and clear!...
JADI.saya study beberapa resipi dan combine , tambah tolak resepi itu ini, ada juga yang Ano adjust dan modified sedikit maka menjadilah resepi saya hehehehe.. walau bagaimanapun saya ingin senaraikan blog dan Vlog yang byk membantu saya baking kali ini..TERIMA KASIH pada blogger dan Vlogger yg sudi berkongsi resepi.

--> video dari kitchen.tigress



kek hokkaido ni rasanya macam kek chiffon vanilla.. ha kalau nak godek2 tambah cheese jadilah kek chiffon cheese,, kek ni sebenarnya makin banyak kita buat experimen maka  makin banyak wujud nama baru kek kan....??

Harga kek ini agak mahal..saiz sedikit besar dan ada fruit on top lebih kurang RM8/cup di pusat membeli belah macam midvalley, IOI shopping mall....kawan pula cakap..kek ni lebih kurang rm2-2.50 per cup yang kosong tanpa buah on top,...oleh kerana itu Ano mengambil insiatif untuk godek dan belajar baking sendiri kek hokkaido yg dikenali ramai dgn tekstur yg lembut bak kapas ni..




Baiklah tanpa meneruskan bebelan yang makin panjang, ayuh Ano share kan resepi Ano pula.. Kali ni eksperimen sendiri, alhamdulillah menjadi..untuk resepi ini, dapatlah kita bake untuk 12-13 biji cupcakes size sederhana.

Bahan A:
3 biji telur (kuning shj)
20g gula kastor (bukan gula yang duk kacau air tu ya)
30-35g minyak jagung/canola/minyak sayuran/minyak masak (kak Ano pakai myk jagung, healthier!)
30ml fresh milk/susu cair
70g tepung kek/superfine flour (diayak)
1/2st baking powder (kalau ikut blog tiffinbiru, dia tak pakai baking powder) (diayak)
1 sk/st esen vanilla (Ano tambah sendiri utk wangikan jadi macam vanilla chiffoncake)


Method utk bahan A..kacau je dgn handy whisk semuanya kecuali tepung cake&baking powder..sesudah kacau rata..baru la tepung&baking powder diayak masuk ke dalam acuan tadi..kacau hingga smooth dan tidak berketul ya..

NOTE:Btw, ada sesetengah orang campur dengan sedikit tepung kastard..ada sesetengah orang pakai tepung gandum je kalau x ada tepung superfine..boleh la try dan ber-eksperimen dengan bahan bahan tersebut..

Bahan B:
3 biji telur (putih sahaja)
sedikit garam (lebihkurang 1/4 st)
60g gula castor

Method bahan B pukul putih telur dgn kelajuan hi-speed hingga berbuih buih, kemudia masukkan sedikit demi sedikit gula casor..teruska pukul hingga softpeak/bertanduk (t0nggeng pun maintain Tak jatuh acuan tu) 


-------------------Bahan B tu perlu dikaupbalik ke dalam bahan A...mula2 masukkan 1/3 acuan bahan B ke dalam bahan A..kemudian, selepas dikaupbalik..masukkan semuanya ke dalam bahan A dan kaedah kaupbalik diteruskan...akhir sekali, tuang dalam bekas adunan (cupcake mould/ cup/ acuan etc)----------------


Bahan C=Filling:Vanilla FreshCream
80-100ml UHT/Dairy Whipping Cream (Ano pakai anchor)
sedikit garam (1/4 st)
2 tbsp gula castor
1 st esen vanilla

Method bahan C pula masukkan whipping cream, pukul hi speed tau...kemudian tambah gula sikit demi sikit..jhn give up ok..pukul pukul sampai jadi pekat dan berketul dan boleh dipipe ke dalam piping bag....untuk pengetahuan semua, whipping cream ni memang mahal, so mana2 yang nak buat untuk dikomersialkan atau utk jualan, lebih baik menggunakan buttercream/custard cream sebagai ganti vanilla freshcream ni..mungkin boleh jugak pakai chocolate cream..ataupun durian cream jika musim durian..hmm sedapnya durian!

NOTE: juga sama, segelintir baker pakai
1sb tpg kastard
1 sb t/jagung
4 sb gula castor
1 cup freshmilk/susu cair pun bole
1 bj telur
1 sb butter
1 st esen vanilla
kemudia kacau dan masak hingga likat untuk dijadikan filling cream..so nnt jadila namanya custard hokkaido cake huhu


Bahan D=Topping with Fruit
optional tau
ada yang plain with cream sahaja
boleh pilih nak mango slice, strawberry, berries, blackcurrant, cherry, kiwi, naga etc ikut kreatif masing2

Bahan E= Deco Powder @ Icing sugar 
Fungsinya sebagai salji..boleh cari ke kedai kek dan bakeri yg berdekatan..deco powder ini untuk bagi tahan salji kita tu hehehe..klo spread guna icing sugar, boleh jadi kemungkinan besar cepat cair dan tak tahan lama,,,plus sweeter..kalau pkai deco powder, rasanya kurang manis..memang tahan berhari2..


bismillahirrahmanirrahim


wah mengelembung, suka sangat masa ni



siap !



oh ya, jangan lupa tau, sambil kita gaul sambil kita selawat/zikir dan doa untuk keluarga, suami dan anak2 tau..minta makanan dan air tangan kita diberkati Allah... heheehheehe inshaallah


ok, sampai sini sahaja, selamat mencuba!..

untuk order, boleh PM/WASSUP: 019-6654409

sekitar JB-Kempas-BBU-Tampoi-Larkin-Singapore-Skudai-Pasir Gudang-Tebrau



Comments

Popular Posts