Wednesday, 6 September 2017

PERBEZAAN BAKING PAPER DAN PARCHMENT PAPER

Hi

Saya  tengok youtube terdengar la perkataan parchment paper time cooking demo then terus google maklumat perbezaan PARCHMENT PAPER  dan BAKING PAPER.

Selama ni saya tak tahu kertas baking ni ada 2 jenis..
kertas yang putih tu PARCHMENT PAPER dan mahal sikit dari BAKING PAPER.

PARCHMENT PAPER:
kalau nak buat brownies ambil yang kertas parchment buat lapik kat dasar loyang..untuk elakkan melekat.
Dan kalau nak bakar jenis segala meringue, pavlova pun sama guna parchment paper.. 


BAKING PAPER : 
biasa tu buat alas lapik adunan untuk kek biasa

NExt time, saya akan add extra info berkenaan ni lagi. Bye!

Thursday, 3 March 2016

RESEPI MUDAH BUAT HOKKAIDO CAKE YANG LEMBUT

Mango Fluffy Hokkaido Vanilla Cake




assalamualaikum... semalam punya cerita, homemade hokkaido cake topped with mango slice.gitu nama nak panjang..hehehehe

sebenarnya dah lama dah nak bake kek hokkaido... dan lagi satu kek ni salah satu favorite cake saya..pergi tinjau dekat midvalley mak aihh mahal rm8/pc...

sebenarnya banyak resepi nak buat kek ni boleh di-google..saya banyak google dan jugak tengok hands on method melalui youtube, senang and clear!...
JADI.saya study beberapa resipi dan combine , tambah tolak resepi itu ini, ada juga yang Ano adjust dan modified sedikit maka menjadilah resepi saya hehehehe.. walau bagaimanapun saya ingin senaraikan blog dan Vlog yang byk membantu saya baking kali ini..TERIMA KASIH pada blogger dan Vlogger yg sudi berkongsi resepi.

--> video dari kitchen.tigress



kek hokkaido ni rasanya macam kek chiffon vanilla.. ha kalau nak godek2 tambah cheese jadilah kek chiffon cheese,, kek ni sebenarnya makin banyak kita buat experimen maka  makin banyak wujud nama baru kek kan....??

Harga kek ini agak mahal..saiz sedikit besar dan ada fruit on top lebih kurang RM8/cup di pusat membeli belah macam midvalley, IOI shopping mall....kawan pula cakap..kek ni lebih kurang rm2-2.50 per cup yang kosong tanpa buah on top,...oleh kerana itu Ano mengambil insiatif untuk godek dan belajar baking sendiri kek hokkaido yg dikenali ramai dgn tekstur yg lembut bak kapas ni..




Baiklah tanpa meneruskan bebelan yang makin panjang, ayuh Ano share kan resepi Ano pula.. Kali ni eksperimen sendiri, alhamdulillah menjadi..untuk resepi ini, dapatlah kita bake untuk 12-13 biji cupcakes size sederhana.

Bahan A:
3 biji telur (kuning shj)
20g gula kastor (bukan gula yang duk kacau air tu ya)
30-35g minyak jagung/canola/minyak sayuran/minyak masak (kak Ano pakai myk jagung, healthier!)
30ml fresh milk/susu cair
70g tepung kek/superfine flour (diayak)
1/2st baking powder (kalau ikut blog tiffinbiru, dia tak pakai baking powder) (diayak)
1 sk/st esen vanilla (Ano tambah sendiri utk wangikan jadi macam vanilla chiffoncake)


Method utk bahan A..kacau je dgn handy whisk semuanya kecuali tepung cake&baking powder..sesudah kacau rata..baru la tepung&baking powder diayak masuk ke dalam acuan tadi..kacau hingga smooth dan tidak berketul ya..

NOTE:Btw, ada sesetengah orang campur dengan sedikit tepung kastard..ada sesetengah orang pakai tepung gandum je kalau x ada tepung superfine..boleh la try dan ber-eksperimen dengan bahan bahan tersebut..

Bahan B:
3 biji telur (putih sahaja)
sedikit garam (lebihkurang 1/4 st)
60g gula castor

Method bahan B pukul putih telur dgn kelajuan hi-speed hingga berbuih buih, kemudia masukkan sedikit demi sedikit gula casor..teruska pukul hingga softpeak/bertanduk (t0nggeng pun maintain Tak jatuh acuan tu) 


-------------------Bahan B tu perlu dikaupbalik ke dalam bahan A...mula2 masukkan 1/3 acuan bahan B ke dalam bahan A..kemudian, selepas dikaupbalik..masukkan semuanya ke dalam bahan A dan kaedah kaupbalik diteruskan...akhir sekali, tuang dalam bekas adunan (cupcake mould/ cup/ acuan etc)----------------


Bahan C=Filling:Vanilla FreshCream
80-100ml UHT/Dairy Whipping Cream (Ano pakai anchor)
sedikit garam (1/4 st)
2 tbsp gula castor
1 st esen vanilla

Method bahan C pula masukkan whipping cream, pukul hi speed tau...kemudian tambah gula sikit demi sikit..jhn give up ok..pukul pukul sampai jadi pekat dan berketul dan boleh dipipe ke dalam piping bag....untuk pengetahuan semua, whipping cream ni memang mahal, so mana2 yang nak buat untuk dikomersialkan atau utk jualan, lebih baik menggunakan buttercream/custard cream sebagai ganti vanilla freshcream ni..mungkin boleh jugak pakai chocolate cream..ataupun durian cream jika musim durian..hmm sedapnya durian!

NOTE: juga sama, segelintir baker pakai
1sb tpg kastard
1 sb t/jagung
4 sb gula castor
1 cup freshmilk/susu cair pun bole
1 bj telur
1 sb butter
1 st esen vanilla
kemudia kacau dan masak hingga likat untuk dijadikan filling cream..so nnt jadila namanya custard hokkaido cake huhu


Bahan D=Topping with Fruit
optional tau
ada yang plain with cream sahaja
boleh pilih nak mango slice, strawberry, berries, blackcurrant, cherry, kiwi, naga etc ikut kreatif masing2

Bahan E= Deco Powder @ Icing sugar 
Fungsinya sebagai salji..boleh cari ke kedai kek dan bakeri yg berdekatan..deco powder ini untuk bagi tahan salji kita tu hehehe..klo spread guna icing sugar, boleh jadi kemungkinan besar cepat cair dan tak tahan lama,,,plus sweeter..kalau pkai deco powder, rasanya kurang manis..memang tahan berhari2..


bismillahirrahmanirrahim


wah mengelembung, suka sangat masa ni



siap !



oh ya, jangan lupa tau, sambil kita gaul sambil kita selawat/zikir dan doa untuk keluarga, suami dan anak2 tau..minta makanan dan air tangan kita diberkati Allah... heheehheehe inshaallah


ok, sampai sini sahaja, selamat mencuba!..

untuk order, boleh PM/WASSUP: 019-6654409

sekitar JB-Kempas-BBU-Tampoi-Larkin-Singapore-Skudai-Pasir Gudang-Tebrau



Monday, 18 January 2016

KEDAI MURAH UNTUK DIJUAL/DISEWA AREA PUSAT BANDAR BANDAR BARU SG BULOH 2016

Assalamualaikum,

Di sini ada iklan khas untuk KEDAI UNTUK DIJUAL




2 Unit Lot kedai:

1) Lot Basic No.5 :
RM13k negotiable ATAU nak sewa pada kadar RM550/bulan 

2) Lot No.4 Full Renovated+ Grill besi+bilik :
rm25k nego

NEGO LA HABIS HABISAN SAMPAI JADI :)


Alamat:
Kedai Sebelah SHELL, Sek U19, Bdr Baru Sg. Buloh,
47000 Selangor.

Amenities:
  • Walking distance dgn shopping complex & Pusat Bandar Baru Sg. Buloh
  • Tepi Jln besar & laluan utama yg sibuk
  • Kawasan Org Melayu
  • Sebelah Stesen minyak SHELL
  • Opposite road dgn Sekolah Menengah (ada jejantas pejalan kaki)
  • 5min ke Masjid Paya Jaras
Sape2 yg berminat boleh lah roger makcik Kamariah, baik orgnya, VERY FRIENDLY!

Nak Jual Nasi ke, Karipap ke, Pisang Goreng ke, nak buat SPA ke, keda runcit ke, stor ke, keda borong telur ke boleh la...

Mana la nak dapat kedai harga murah macam ni kan?????
SEWA murah.. BELI pun MURAH...

biase nye paling busuk kadar sewa kedai atau premis bisnes ialah  RM1500-6000 SEBULAN YOUUUUU!!!!!

KENAPA OWNER NAK LETGO????
Ha, ni la reason untuk dijual.. dulu saya la yg manage urusan sewa beli keda makcik saya tapi disebabkan komitmen kerja dan keluarga yang baru aja dapat surat transfer ke JB..so, sy tolong iklan online je la...ok :)

Reason utk jual:
Kekangan masa dan komitmen yg terhad pada bisnes disebabkan suami owner sakit  kronik yg memerlukan perhatian dan jagaan susulan yg rapi.

Boleh hubungi Makcik aka owner sy:
Makcik Kamariah:013-530 2841




Friday, 13 September 2013

ALMUDASSIR (AYAT 7) DI KALA MALAM RAMADHAN 1434

bila DIA berbicara

katakanlah wahai muhammad bahawa "AKU DEKAT" dan "AKU perkenankan doa2 hamba-KU apabila mereka memohon pada-KU".
-albaqarah:186-

"dan kerana tuhanmu, bersabarlah"-almudassir:7

wallahuallam ♥

#ayat2cinta #bicaraSangMurabbi




LIFE CONTINUES

gula2 hari jumaat!^_^

have fun with who u are used to be.

Drill it into your mind tightly, screw it into you deepest heart firmly:

my crazy poem says,

neither everyone is going to hurt u babe,
nor everything happens for no reason dear,
they may hv a solid reason,
we may not fully understand at d moment,
sure we will soon as time goes by,
day by day we mature,
for the time being,
follow the steps,
listen to your beautiful heart rythm,
no matter how complicated things get,
enjoy n appreciate what you do hv now,
think later whats going to be next,
cuz definitely we are not the one who can maneuver it,
thus,
open your eyes bigger n bigger,
eat ur cookies,
give some freedom to your mind,
have fun with your burdens,
just create a shining-glowing smile

like no other.be yourself n never copy.smile.

-byanomalfa-