Friday, 15 March 2013

UNTUK MOK ABOH

beberapa kiraan hari ini
sedikit gelisah
dalam hati sebenarnya lencun menangis
sibuk mengira ngira
jasa budi penat lelah
insan istimewa
namanya 
ibu bapa
sebab 
mata aku buta
hati aku batu
telinga aku pekak
mulutku terkatup

aduhai.

umur aku makin tua
jadi usia mereka bukan lagi muda
aku mula terasa penat
mereka berganda lelah
aku terasa uban mula tumbuh
rambut hitam mereka makin memutih

apalagi?

aku berdiri, aku duduk,
aku makan, aku minum
darah aku, nadi aku
nyawa aku.
satu nyawa aku asalnya dari dua nyawa.

hina.
bodoh.
itu aku.bukan mereka.

air mata
air keringat
air susu.
semua milik mereka, dari mereka untuk aku.

tuhan bagi amanah pada mereka dengan adanya aku
jangan lupa wahai 'AKU', tuhan juga bagi amanah pada aku
untuk mereka.
maksudnya.
amanah aku pada mereka.

p/s: jangan KAU hinakan aku dunia akhirat dengan menjadi anak derhaka, anak yang kurang belas kasih pada kedua orang tuaku.Ringankan beban mereka dari menanggung dosaku dan ringankan bebanku dari menanggung dosa pada mereka.amin.

17.08pm 150313

pena:
anomalfa 



No comments:

Post a Comment